Mengenai Kami

Selamat Datang Ke ibukolagen.biz

Kami di NS Network Marketing membekalkan rumpai laut kering / dried seaweed kepada pembeli yang mengusahakan produk farmaseutikal dan nutraseutikal termasuk kegunaan atau campuran barangan kosmetik, makanan dan minuman kesihatan dan juga kegunaan harian dalam kuantiti kecil dan sederhana.

Kami menyediakan rumpai laut kering terbaik dari segi kualiti kerana teknik pemprosesan atau pengeringan daripada gugusan kepulauan Semporna, Sabah yang terjamin bersih dan segar. Bermula dari tempahan awal lagi, kami akan memilih atau memproses rumpai laut yang terbaru dan terbaik untuk pembeli yang berminat.

Konsep Perniagaan

Secara ringkasnya kami adalah syarikat pemborong dan peruncit produk-produk kesihatan pada harga yang sangat berpatutan. Kami menyediakan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dari dalam dan luar negara.

Jadi sekiranya anda berminat untuk berniaga produk-produk kesihatan, jamu dan kosmetik, maka kami yang anda cari. Jangan malu dan segan untuk hubungi kami.

NS NETWORK MARKETING

Syarikat kami beroperasi di Lot G22, Complex Giant Hypermarket, Tawau. Anda boleh mengunjungi kedai kami yang beroperasi setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ibu Kolagen atau lebih dikenali sebagai rumpai laut merupakan salah satu produk kami yang mendapat sambutan menggalakkan akhir-akhir ini.