Kaedah Penyediaan Dan Cara Pengambilannya

Kaedah Penyediaan

  • Basuh rumpai laut tuh bersih – bersih, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
  • Rendam semalaman. Tukar air 2 – 3 kali.
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
  • Campur dengan 2.5 liter air kosong (untuk 100gm rumpai laut) ke dlm periuk utk direbus selama 15-20 minit
  • Selepas mendidih biarkan ia sejuk ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti ais (bukan diruang sejuk beku)

Ibu kolagen yang sudah direndam semalaman

Cara Pengambilan

  • Selepas bangun tidur (jangan gosok gigi lagi) dan sebelum tidur (Pastikan perut kosong)
  • 3 sudu besar setiap kali makan.
  • Boleh dimakan begitu saja atau
  • Campur / bancuh dengan air minuman kegemaran atau
  • Bancuh bersama air suam dan 1 sudu madu

 

Cara membuat masker

  • Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
  • Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam
  • Campurkan gel kolagen tadi dengan bahan berikut :
  • Kulit Normal – Campur kolagen dengan madu
  • Kulit Kering – Campur kolagen dengan jus lemon @ susu tepung
  • Kulit Berminyak – Campur dengan buah tomato yang masak ranum